TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI: November 2010

TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI

TAMAN MURAI JAYA, 14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN



Monday 22 November 2010

Kelas Tambahan Membaca

Walaupun cuti persekolahan dah pun bermula, tetapi pelajar taski hari ini datang untuk kelas tambahan membaca. Kelas tambahan membaca ini telahpun dimulakan beberapa tahun lalu.

Pada tahun ini kelas tambahan membaca ini akan diadakan seperti berikut :
1. Isnin (22/11/10) hingga Khamis (25/11/10)
2. Isnin (29/11/10) hingga Khamis (4/12/10)

Masa : 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Tempat : Taski Solahuddin Al-Ayubi

Sunday 7 November 2010

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Ahad 7hb November 2010 - Hari Anugerah Cemerlang Taski Solahuddin Al-Ayubi diadakan di Dewan Taman Murai Jaya. Majlis ini bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar Taski dengan iringan musik gamelan.
Para pelajar kemudiannya menyanyikan lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang. Selepas bacaan doa oleh Ustaz Sabri bin Marali, Imam Surau Taman Murai Jaya, Ucapan aluan oleh Pengerusi Taski Solahuddin Al-Ayubi, Encik Mohd Najib bin Hamsi dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Johari bin Ariffin, Pensyarah Institut Aminuddin Baki Kuala Lumpur.

Persembahan para pelajar dimulai oleh pelajar 4 & 5 tahun. Sebanyak tiga persembahan telah diadakan oleh mereka iaitu Nasyid nombor Arab, Bacaan surah-surah muqaddam dan bercerita.





Majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar 4 & 5 tahun bagi pencapaian dalam matapelajaran.

Persembahan bagi 6 tahun dimulai dengan Nasyid "Sepohon Kayu" dan Coral Speaking. Seterusnya diikuti dengan persembahan solo bercerita dalam Bahasa Melayu oleh Adik Nur Aliana Nabila, Bahasa Inggeris oleh Adik Nur Fatihah bt Ishak dan Bacaan Hafazan oleh Adik Muhammad Khairuddin bin Zainuddin.
Di majlis ini juga menyaksikan 2 orang pelajar telahpun di nobatkan sebagai Tokoh Pelajar 5 tahun iaitu Adik Nur Afrina Balqis bin Mohd Naim dan Tokoh Pelajar 6 tahun iaitu Norazlina bt Mohd Ridzuan bagi tahun 2010 ini.

Akhir sekali pihak pengurusan taski Solahuddin Al-Ayubi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj Johari bin Ariffin kerana sudi merasmikan dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pelajar. Juga ribuan terima kasih kepada semua ibubapa diatas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan.

Kepada semua pelajar 6 tahun yang akan melangkah ke tahun 1 pada tahun 2011 nanti diucapkan "Selamat Berjaya".