TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI: January 2010

TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI

TAMAN MURAI JAYA, 14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN



Sunday 31 January 2010

Makan Roti Canai

Hari ini Khamis, semua pelajar ceria terutamanya pada waktu rehat sebab makanan hari ini special sikit. Pada setiap hari Khamis pada minggu kedua dan keempat setiap bulan, Nasi Kandar Murai Indah akan menyediakan makanan secara percuma kepada pelajar-pelajar Taski Solahuddin Al-Ayubi. Pada hari ini menunya adalah roti canai.




































Bagi pihak Taski Solahuddin Al-Ayubi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nasi Kandar Murai Indah kerana sudi menyediakan makanan kepada pelajar-pelajar.
Juga kepada sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan bantuan dalam apa saja bentuk, pihak Taski amat mengalu-alukan. Boleh berhubung terus kepada guru-guru.

Friday 15 January 2010

Sudah dua minggu berada di Taski, inilah ragam anak-anak Taski.
Happy nampaknya...





Tuesday 12 January 2010

Minggu Pertama Persekolahan

Hari pertama persekolahan, biasalah ada yang menangis. Ada yang ibu terpaksa berada di dalam kelas dan macam-macam lagi ragam anak-anak taski pada hari tersebut.


















Hari ini anak-anak cuma bermain dan berkenalan dengan guru-guru dan rakan-rakan sahaja. Tapi ada yang dah nampak macam dah kenal lama. Dah tidak menghiraukan ibubapa lagi.









Doa pun dah diajar pada hari pertama. Tentulah doa mudah belajar dan semestinya doa makan. Bersemangat sungguh anak-anak taski ni berdoa.










Yang steadynya, yang senior. Langsung dah tak menghiraukan apa-apa lagi. Dah mula belajar dah...Tapi tak ada buku pun di atas meja.
























Selamat belajar dan semoga berjaya.


"Taski Membentuk Generasi Bertakwa"

Persekolahan 2010 Bermula

Persekolahan 2010 bermula dengan majlis taklimat dan penerangan kepada para ibubapa dan anak-anak mengenai perjalanan dan aktiviti-aktiviti persekolahan bagi tahun 2010. Sessi taklimat ini diadakan pada hari Ahad 3 Januari 2010 bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh.

Ibubapa telah diberi penerangan terutamanya mengenai satu program baru yang menggunakan siri Cepat Membaca "Bacalah Anakku", "Read Easy" dan "Al-Furqan". Ini adalah satu ikhtiar pihak Taski untuk memastikan anak-anak taski yang akan tamat persekolahan semasa berumur 6 tahun dapat membaca. (Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris & Al-Quran).

Sessi persekolahan akan bermula pada 4 Januari 2010 bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi untuk hari pertama persekolahan.

Syabas kepada semua ibubapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Taski Solahuddin Al-Ayubi.