TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI: Persekolahan 2010 Bermula

TASKI SOLAHUDDIN AL-AYUBI

TAMAN MURAI JAYA, 14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN



Tuesday 12 January 2010

Persekolahan 2010 Bermula

Persekolahan 2010 bermula dengan majlis taklimat dan penerangan kepada para ibubapa dan anak-anak mengenai perjalanan dan aktiviti-aktiviti persekolahan bagi tahun 2010. Sessi taklimat ini diadakan pada hari Ahad 3 Januari 2010 bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tgh.

Ibubapa telah diberi penerangan terutamanya mengenai satu program baru yang menggunakan siri Cepat Membaca "Bacalah Anakku", "Read Easy" dan "Al-Furqan". Ini adalah satu ikhtiar pihak Taski untuk memastikan anak-anak taski yang akan tamat persekolahan semasa berumur 6 tahun dapat membaca. (Bahasa malaysia, Bahasa Inggeris & Al-Quran).

Sessi persekolahan akan bermula pada 4 Januari 2010 bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi untuk hari pertama persekolahan.

Syabas kepada semua ibubapa yang telah menghantar anak-anak mereka ke Taski Solahuddin Al-Ayubi.

No comments:

Post a Comment